SUCC pertahan Ketua Menteri longgarkan sektor ekonomi, sosial

SUCC pertahan Ketua Menteri longgarkan sektor ekonomi, sosial

Kota Kinabalu: Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) mempertahankan Ketua Menteri dalam tindakan melonggar aktiviti ekonomi dan sosial di negeri Sabah baru-baru ini.

Presidennya, Tan Sri Andrew Liew (gambar) berkata, langkah yang diambil oleh Datuk Seri Hajiji itu dilihat amat bertepatan bagi menghidupkan kembali agenda ekonomi negeri yang terjejas akibat pandemik.

Beliau berkata, pengumuman yang dilakukan oleh Ketua Menteri pada 28 Jun lalu itu seharusnya tidak menerima tekanan daripada Semenanjung Malaysia memandangkan Sabah telah secara berterusan berjaya merendahkan kadar jangkitan Covid.

“SUCC menyokong penuh keputusan Ketua Menteri dan tindakan beliau adalah wajar dengan dalam masa sama menyelamatkan situasi ekonomi semasa di Sabah.

“Ia tidak sepatutnya dibawa dan ditekan oleh Kerajaan Persekutuan, “katanya yang juga Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Liew yang juga Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Malaysia itu berkata, situasi di Sabah dan Semenanjung adalah berbeza dan sudah tentunya, Kerajaan Negeri merupakan kunci menyelamatkan ekonomi negeri dengan bergantung pelbagai faktor.

“Keputusan Ketua Menteri ini boleh membantu perniagaan rakyat yang terkesan dalam tempoh sukar ketika pandemik,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|