SMJ ‘landmark’ baru pekan Sipitang

SMJ ‘landmark’ baru pekan Sipitang

Sipitang: “Signage” Sabah Maju Jaya (SMJ) didirikan di daerah Sipitang yang merupakan salah sebuah tanda mercu terbaharu daerah itu, baru-baru ini.

Pemasangan arca SMJ itu telah diusahakan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sindumin dan disumbangkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), sebuah GLC Kerajaan Negeri.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.35 Sindumin, Sani Miasin berkata, arca tersebut dipasang di bawah bangunan Urusetia Daerah Sipitang.

Beliau berkata, Sabah Maju Jaya merupakan slogan Jata Negeri sejak sekian lama, telah diangkat sebagai nama pelan pembangunan Negeri Sabah bagi tahun 2021-2025 yang dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, seperti yang dinyatakan oleh Hajiji, Hala Tuju Sabah Maju Jaya berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, seterusnya memandu arah pelaksanaan secara terancang dan strategik, untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri.

Menurutnya, SMJ bukan sahaja perlu dihayati oleh kakitangan Kerajaan, malah rakyat jelata serta bersama-sama menjayakan agenda pembangunan negeri itu.

“Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada SLDB kerana sudi menyumbang bagi pembinaan arca itu, dan berharap lebih banyak GLC Kerajaan seperti Petronas, Sawit Kinabalu,Sabah Energy Corporation Sdn.Bhd dan lain-lain akan turut serta menyumbang untuk keindahan dan kecantikan pekan-pekan dalam kawasan DUN Sindumin amnya dan Sipitang khasnya”, tambah Sani.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|