Sidang DUN Sabah: Maklumkan jika ada tercicir bakul makanan

Sidang DUN Sabah: Maklumkan jika ada tercicir bakul makanan

Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Christina Liew memberikan maklumat jika masih ada penduduk terjejas akibat pandemik Covid-19 yang belum menerima bantuan bakul makanan.

Menterinya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata demikian ketika menjawab dakwaan Christina mengenai penduduk terjejas di kawasan diwakilinya ada yang belum menerima bantuan daripada kerajaan.

Shahelmey berkata, jika ada penduduk belum menerima bantuan bakul makanan, perkara itu perlu dimaklumkan kepada kerajaan untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

“Kalau ada yang tercicir bakul makanan, maklumkan kepada kerajaan, beri kita maklumat yang terperinci,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Christina (PKR) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Christina mengenai jumlah bakul makanan diedarkan di DUNApi-Api, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julitah Majungki, sebanyak 3,852 bakul makanan diedarkan di kawasan berkenaan antara Januari hingga 23 November lalu.

Katanya, ia membabitkan sebanyak 55 lokaliti bagi kategori kuarantin di rumah, ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), e-kasih dan golongan B40.

“Kategori B40 dan e-kasih mendapat agihan sebanyak 304 bakul makanan, PKPD (2,197 bakul makanan) dan B40 (tercicir) sebanyak 264 bakul makanan.

“Jumlah keseluruhan bakul makanan yang diagihkan dalam kawasan Api-Api yang melibatkan 555 lokaliti ialah sebanyak 3,852 bakul makanan berdasarkan seumber maklumat daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|