RMKe-12 komitmen kerajaan rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung

RMKe-12 komitmen kerajaan rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat, semalam sebagai komitmen kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan di antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.

Katanya melalui peruntukan lebih RM9 bilion iaitu iaitu RM4.66 bilion untuk Sabah dan RM4.47 biilion untuk Sarawak sudah pasti ia dibuat berlandaskan Wawasan Kemakmuran Bersama selain selaras dengan semangat Keluarga Malaysia bagi memastikan rakyat di Sabah dan Sarawak dapat menikmti pembangunan secara saksama.

“Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah sudah tentu saya mengaluk-alukan RMKe-12 dibentangkan oleh Perdana Menteri yang secara jelas memberi fokus kepada Sabah dan Sarawak dari setiap sudut untuk merapatkan jurang pembangunan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, rakyat Sabah bukan saja memerlukan pembangunan dari segi infrastruktur asas, malah juga memerlukan pendapatan tinggi serta peluang pekerjaaan, menyertai program keusahawanan dan industri serta pelbagai lagi.

Sehubungan itu, katanya beliau berharap pelaksanaan RMKe-12 khususnya di Sabah dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan kerenah birokrasi bagi memastika rancangan pembangunan itu dapat di realisasikan demi kesejehteraan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri, turut mengingatkan agar agensi pelaksana melihat Sabah dari perspektif yang berbeza berbanding negeri lain dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri ini.

“Kita sudah mempunyai pelan yang baik di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk rakyat Sabah tetapi strategi implementasi ke akar umbi melalui agensi pelaksana perlu diperincikan lagi,” katanya.

Sehubungan itu, Bung Moktar turut mencadangkan agar peruntukan yang disediakan dapat diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diselaraskan oleh jabatan atau agensi kerajaan yang berkaitan kerana mereka lebih memahami demografik rakyat Sabah dan keutamaan keperluan rakyat di lapangan.

Katanya, jika cadangan itu sukar untuk dilaksanakan, perlu ada jawatankuasa pemantauan bersama di antara kerajaan Pusat dan negeri bagi memastikan pelan pelaksanaan infrastrutur yang dilaksanakan mencapai sasaran dan memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.

Dalam pada itu Bung Moktar menyambut baik usaha kerajaan untuk mentransformasi kawasan luar bandar dengan membina dan menarik taraf 2,800 kilometer jalan berturap sepanjang RMKe-12.

Menerusi inisiatif itu, Sabah antaranya menerima projek menaik taraf Jalan Dudar – Taburan – Mendawang di Kota Belud dengan kos sebanyak RM101 juta.

Bung Moktar berkata, pelaksanaan projek itu bukan sahaja dapat menyediakan sistem perhubungan yang lebih baik dan selesa namun ia juga dapat membantu merapatkan jurang pendapatan di antara luar bandar dan bandar.

“Walaupun dalam RMKe-12 tidak disebut peruntukan untuk projek lebuh raya Pan Borneo khususnya di Sabah, kerajaan negeri turut meletakkan harapan agar cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri sebelum ini, agar projek ini dilaksanakan secara inisiafif pembiayaan swsata (PFI) diberikan pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan Pusat.

“Ia bagi membantu mempercepatkan lagi proses tranformasi luar bandar di negeri ini sekali gus dapat melonjakkan taraf sosio ekonomi rakyat,” Katanya.

Memgenai masalah bekalan air bersih yang semakin kritikal di negeri ini, Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berharap kerajaan Pusat dapat mengagihkan peruntukan yang mencukupi untuk meningkatkan akses air bersih dan selamat kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, ia termasuk untuk membina infrastruktur baharu bagi perkhidmatan air seperti empangan, takungan air pinggiran sungai dan loji rawatan air seperti digariskan dalam pelan induk untuk bekalan air di Sabah yang memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|