Rancang bina pelabuhan baru di Kudat: Bung Moktar

Rancang bina pelabuhan baru di Kudat: Bung Moktar

Pitas: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan terdapat perancangan untuk membina sebuah pelabuhan baru di Kudat dalam usaha membangunkan tahap ekonomi di daerah berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, daerah Kudat di lihat amat berpotensi dibangunkan sebagai kawasan dagangan khas (special trade zone) bagi memacu pembangunan negeri ini secara tidak langsung.

“Kerajaan Negeri melihat pembangunan Kudat itu sendiri dan kita dalam perancangan untuk membina pelabuhan yang baharu.

“Pelabuhan ini merupakan satu pembangunan yang inklusif dan kita akan dapat bina sebuah bandar baru, akan ada sebuah special trade zone di Kudat.

“Perancangan ini dilihat bukan sahaja dapat membantu ekonomi di Sabah bahkan, membantu membangun persekitaran Kudat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri lawatan kerja Menteri Pembangunan Luar Bandar (PLB) Datuk Seri Mahdzir Khalid dan rombongan ke daerah Pitas, hari ini.

Mengulas mengenai lawatan itu, Bung Moktar berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada KPLB kerana sendiri turun padang melihat permasalahan infrastruktur di kawasan setempat dan seterusnya menjalankan frasa ‘direct access’ bersama rakyat secara tidak langsung.

“Perkara ini penting di mana kementerian ini (beliau) direct access dengan rakyat dan di Sabah ini sudah tentu kita faham, banyak kawasan luar bandar yang memerlukan concern daripada Menteri. Sebab itu, kita menjemput beliau dan beliau dengan segera membuat jadual untuk turun.

“Dan ini baru permulaan, Sabah banyak lagi lawatan-lawatan yang akan kita rencanakan bersama ke kawasan kawasan yang lain di negeri Sabah ini.

” Ia bagi memastikan bahawa pembangunan wilayah yang seimbang itu dapat diterjemahkan dalam bentuk pembangunan Malaysia kita,” katanya.

Terdahulu, dalam lawatan kerja Mahdzir ke daerah Pitas hari ini, rombongan berkenaan turut berkesempatan melawat tapak loji rawatan air dan lawatan ke projek perumahan PPRT di beberapa lokasi daerah berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|