Projek air Fasa 1 Pitas-Bengkoka, dijangka siap 2022

Projek air Fasa 1 Pitas-Bengkoka, dijangka siap 2022

Pitas: Pelaksanaan projek bekalan air di daerah Pitas dan Bengkoka, dijangka siap menjelang November 2022.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek yang menelan belanja sebanyak RM32 juta itu dilihat mampu menampung sekurang-kurangnya sebanyak 30 buah kampung di sekitar daerah berkenaan.

“Projek air Fasa 1 yang sedang dilaksanakan dengan kos sebanyak RM37 juta, dia akan siap Insya-Allah pada tahun 2022.

” Dan ada lagi Fasa 2, melibatkan bekalan air di Pitas dan juga insya-Allah dalam fasa ketiga, bagi bekalan air, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam lawatan kerjanya di daerah Pitas dan Bengkoka, hari ini.

Hadir sama adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sementara itu, Mahdzir turut berkesempatan melawat tapak loji rawatan air dan lawatan ke projek perumahan PPRT di beberapa lokasi daerah berkenaan.

Sementara itu, mengenai pelaksanaan projek perumahan PPRT di Pitas dan Bengkoka, Menteri KPLB tersebut mendedahkan peruntukkan pembinaan rumah PPRT di Sabah telah mencatatkan sebanyak 520 unit baru membabitkan peruntukkan lebih RM82 juta.

“Macam di negeri Sabah ni, keseluruhan dia peruntukkan untuk tahun ini, 2,818 untuk baik pulih dan 520 bina baru dengan kos RM83 juta. Ini untuk 2021.

” Bagi tahun depan kita tunggu bajet yang akan diumumkan nanti, “katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|