PKPD beberapa lokaliti enam daerah di Sabah: Masidi

PKPD beberapa lokaliti enam daerah di Sabah: Masidi

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan beberapa lokaliti di enam daerah.

PKPD tersebut adalah membabitkan daerah-daerah seperti Putatan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Beaufort, Kota Marudu dan Tawau.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kesemua PKPD tersebut akan berkuatkuasa pada 3 hingga 16 Julai hadapan dengan ianya selaras keputusan pihak Kerajaan Persekutuan.

“Antara PKPD yang dimaksudkan adalah PKPD Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Kampung Muhibbah, Putatan, Kg Mangga, Kg Kijang dan Kg Balung di Tawau, Kg Goshen, Kota Marudu dan Kg Pintas Kubu di Beaufort.

“Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut, ” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata demikian dalam kenyataan hariannya, sebentar tadi.

Terdahulu, untuk perkembangan berasingan, beliau berkata, jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 232 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 69,677 kes.

“Lima kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua kes di daerah Kota Kinabalu dan tiga kes di Kudat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai analisa catatan kes Covid-19 di Sabah, Masidi mendedahkan penuruan sepuluh kes iaitu daripada 242 kes semalam kepada 232 kes pada hari ini.

“Daripada 232 kes jangkitan baharu hari ini, 131 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat.

“Manakala 29 kes adalah daripada saringan kluster, 16 kes adalah daripada saringan bergejala, 24 kes daripada saringan bersasar dan 32 kes adalah daripada lain-lain kes,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|