Penunggang motosikal maut terlanggar belakang lori

Penunggang motosikal maut terlanggar belakang lori

Kota Kinabalu: Seorang penunggang maut apabila motosikal dinaiki terlanggar belakang lori di laluan bertingkat (flyover) Jalan Lintas – Lido, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.20 petang, mangsa Peter Chang Li Song, 25, yang menunggang motosikal SYM itu parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 30 tahun bersama penumpang menuju ke Inanam dari Kepayan.

Katanya, sebaik tiba di flyover Lido, Jalan Lintas, tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa terlanggar bahagian belakang lori berkenaan.

“Ketika itu keadaan jalan sesak dan akibat kemalangan itu, mangsa parah dan di hantar Unit Kecemasan HQE I untuk rawatan lanjut.

“Kira-kira jam 3.42 petang, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemandu lori dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|