Pendaftaran vaksinasi rendah, guna mekanisme outreach

Pendaftaran vaksinasi rendah, guna mekanisme outreach

Kota Kinabalu: Rentetan kadar pendaftaran rendah bagi vaksinasi di negeri Sabah, kerajaan telah melaksanakan outreach bagi memberi pencerahan dan mempercepatkan suntikan vaksin bagi penduduk kawasan luar bandar.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, program outreach tersebut digerakkan oleh Kerajaan Negeri bersama badan bukan kerajaan (NGO).

“Langkah ini bagi memastikan bekalan vaksin sampai kepada masyarakat luar bandar,” katanya.

Shahelmey (tengah) memeriksa bakul makanan yang akan diagihkan kepada penerima sasaran.
Antara bakul makanan yang diagihkan dalam program tersebut.

Beliau berkata demikian dalam program penyerahan bakul makanan di Dewan Kampung Pasir Putih, Putatan petang tadi.

Shahelmey dalam pada itu berkata, akses terhad aplikasi MySejahtera bagi kawasan luar bandar sebagai antara faktor penyumbang yang mempengaruhi kadar pendaftaran vaksinasi di negeri tersebut.

Untuk rekod, Sabah merekodkan pendaftaran vaksinasi terendah di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 29.18 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|