PEMULIH ransangan menyeluruh kepada rakyat Sabah: Hajiji

PEMULIH ransangan menyeluruh kepada rakyat Sabah: Hajiji

Kota Kinabalu: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang melibatkan RM150 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, semalam, dilihat pakej rangsangan secara tuntas kepada rakyat Sabah.

Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) berkata, dari kerajaan negeri, pihaknya merakamkan penghargaan kepada atas pakej rangsangan komprehensif itu dalam memberi manfaat kepada rakyat dan pelbagai sektor ekonomi.

“Peruntukan yang merangkumi suntikan fiskal RM10 bilion adalah besar dan inilah yang diperlukan negara sekarang untuk mengatasi impak penutupan kali ketiga seluruh negara oleh COVID-19,” katanya.

Menurut beliau, ini sangat baik bagi penduduk di Sabah yang akan menerima bantuan wang tunai dari kerajaan negeri di bawah Bantuan Sabah Prihatin 3.0, selain Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bernilai RM4.6 bilion di bawah Pemulih.

BKC dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang dalam kategori B40 dan M40 di negara ini.

“Menerusi Pemulih, isi rumah B40 akan menerima sebanyak RM500 daripada kerajaan pada Ogos dan RM300 pada Disember; individu bujang B40 akan menerima RM200 pada Ogos; isi rumah M40 menerima RM250 pada Ogos manakala individu bujang M40 akan menerima RM100 pada Ogos.

“Isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin akan menerima bantuan sebanyak RM1,800,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|