Pemandu terselamat, rempuh belakang lori

Pemandu terselamat, rempuh belakang lori

Kota Kinabalu: Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kenderaannya merempuh sebuah lori lima tan dalam kejadian di Jalan Lintas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an bagaimanapun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Lori lima tan yang dirempuh hanya mengalami kerosakan kecil dibahagian belakang. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga FLX dan sebuah lori kontena lima tan.

“Kedua-dua pemandu kereta dan lori dilaporkan dalam keadaan selamat,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, maklumat lanjut mangsa tidak dapat diperolehi dan pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

Katanya, sebaik kepastian diperolehi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.46 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|