Pelantikan Ismail Sabri hentikan kemelut politik – PBRS

Pelantikan Ismail Sabri hentikan kemelut politik – PBRS

Kota Kinabalu: Pelantikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan disifatkan satu langkah yang tepat bagi menghentikan kemelut politik negara.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata selaku komponen dalam Barisan Nasional (BN), PBRS menyokong penuh pelantikan itu dan yakin terhadap kemampuan Ismail Sabri berdasarkan pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan.

“Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi menghadapi cabaran yang sedang dialami. Jemaah menteri yang bakal dilantik nanti perlu memberi fokus kepada usaha untuk memerangi pandemik Covid-19, memulihkan semula ekonomi negara dan membantu rakyat berdepan dengan detik sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Ahli Parlimen Pensiangan itu berkata, semua parti politik juga perlu mengenepikan perbezaan dan kembali bertaut demi rakyat bagi menyelesaikan isu semasa yang sedang melanda negara.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|