PBBS Labuan anjur gotong-royong, pupuk kerjasama antara ahli

PBBS Labuan anjur gotong-royong, pupuk kerjasama antara ahli

Labuan: Pupuk kerjasama antara ahli, seramai 100 ahli Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) cawangan Labuan mengadakan aktiviti gotong-royong amal membersihkan kawasan halaman Perkuburan Islam, Kampung Batu Arang, di sini, Sabtu lalu.

Aktiviti berkenaan turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Labuan menerusi Jabatan Promosi Kesihatan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Batu Arang.

Ketua Biro Kesihatan PBBS Labuan, Sharifah Anyanjjau berkata, program itu diadakan bertujuan memupuk kerjasama antara ahli persatuan dalam melakukan kerja-kerja amal.

Katanya, ini adalah program pertama yang dilakukan dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan ahli-ahli.

“Tindakan ahli-ahli persatuan dalam bersama-sama melakukan aktiviti amal ini amat memberangsangkan.

” Pada masa akan datang, kita di persatuan akan mengadakan program seperti ini agar persatuan ini sentiasa bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti amal seperti ini,” katanya ketika ditemui, baru- baru ini.

Sementara itu, Pengerusi PBBS Labuan Asnoin Chiplin turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Biro Kesihatan yang bertungkus-lumus mengadakan aktiviti yang bermanfaat seperti ini.

“Tahniah kepada Biro Kesihatan yang mengadakan aktiviti gotong-royong ini dan ia harus diteruskan pada masa akan datang kerana dengan aktiviti ini ianya memberikan manfaat yang baik kepada kesemua ahli persatuan dan warga Labuan,” katanya.

Asnoin turut mengesa agar ahli-ahli dalam persatuan sentiasa membantu dan bekerjasama demi memastikan hubungan silaturrahim dalam persatuan sentiasa utuh.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|