Operasi Bersepadu Khazanah, 3.2 juta rampasan dihasilkan

Operasi Bersepadu Khazanah, 3.2 juta rampasan dihasilkan

Sandakan: Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Sabah yang dilancarkan sejak 67 hari lalu memperlihatkan kejayaan yang sangat besar apabila berjaya menghasilkan rampasan bernilai lebih 3.2 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Salam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 72 tangkapan daripada 66 kes dihasilkan.

Namun katanya, penemuan terbesar sepanjang operasi berkenaan pula adalah aktiviti lombong emas haram di Hutan Simpan Ulu Segama Malua, di Lembah Danum, Lahad Datu.

“Melihat kepada kejayaan besar ini, kita akan meneruskan operasi ini malah, model OBK Sabah ini akan diguna pakai di Sarawak dan Semenanjung Malaysia demi melindungi khazanah negara.

“Dalam masa 67 hari ini, kita menghasilkan 73 tangkapan dan juga rampasan melebihi 3.2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Sandakan, hari ini.

Hazani berkata, pihaknya juga dimaklumkan satu biro jenayah hidupan liar akan diwujudkan di negara ini oleh kerajaan.

Bagaimanapun katanya, belum diketahui punca kuasa atau agensi mana yang akan mengetuai biro berkenaan.

“Untuk makluman kerajaan telah meluluskan untuk ditubuhkan biro jenayah hidupan liar, tapi skop biro jenayah hidupan liar ni saya akan besarkan bukan saja fokus untuk hidupan liar tapi kita nak fokus kepada khazanah negara.

“Ia akan membabitkan pelombong haram, pembalakan haram flora dan fauna, marin biologi dan ekologi. Kita akan pertahankan khazanah negara ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|