Najib kekal bersalah

Najib kekal bersalah

Kuala Lumpur: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan keputusan sabit kesalahan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Memetik laporan Malaysia Post, keputusan sebulat suara itu dibacakan oleh Pengerusi Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebentar tadi.

Dalam keputusan itu, Abdul Karim berkata, tiada sebab untuk bercanggah dengan hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebelum ini.

Katanya, dakwaan bahawa wang itu adalah derma dari Arab juga tidak boleh dipertahankan.

Dalam keputusan 27 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Ahli Parlimen Pekan itu dengan tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pecah amanah jenayah, tiga pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

Hakim Mohd Nazlan kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap bekas Presiden Umno itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|