Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan keluar daipada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama turut mengumumkan menjadi ADUN Bebas mesra kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau adalah pemimpin kedua WARISAN meninggalkan parti itu dalam bulan ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob pada 8 Oktober lalu.
Berikutan tindakan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu, WARISAN sehingga kini kehilangan tiga wakil rakyat termasuk ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir yang keluar pada Februari lalu.
Mohamaddin yang juga ADUN Segama berkata keputusan keluar parti dibuat demi usaha dan tumpuannya untuk membawa pembangunan di DUN Segama dan Parlimen Lahad Datu.
-Deasoka