Masjid JPJ Sabah akan dirasmikam jumaat ini

Masjid JPJ Sabah akan dirasmikam jumaat ini

Kota Kinabalu: Masjid Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah atau dikenali sebagai Masjid Baitul Rahman akan dirasmikan 3 September ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah JPJ Sabah, Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini.

Abdul Rahman berkata, tujuan kunjungan hormat itu diadakan adalah bagi menjemput Tun Juhar untuk hadir dan merasmikan masjid berkenaan.

“Selepas upacara perasmian, kita seterusnya menjemput Yang Dipertua Negeri untuk menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, masjid berkenaan yang dibina Ogos lalu adalah hasil sumbangan dana daripada orang awam dan individu persendirian.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|