Mangsa kebakaran di Kampung Malawa akan dibantu – Yakub Khan

Mangsa kebakaran di Kampung Malawa akan dibantu – Yakub Khan

Kota Kinabalu: Keluarga mangsa kebakaran di Kampung Malawa, Jalan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang terjejs dalam kebakaran malam tadi akan dibantu segera.

Jaminan itu diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan ketika melawat lokasi kejadian di Sepanggar malam tadi.

Yakub (baju biru) meninjau kebakaran di Kampung Malawa, KKIP Sepanggar.

Sambil melahirkan perasaan simpati kepada mangsa kebakaran, beliau berharap mereka yang terjejas tabah menghadapi dugaan berkenaan.

“Kita akan berusaha membantu mangsa kebakaran ini memandangkan mereka tidak mempunyai tempat perlindungan serta terpaksa menumpang sementara di rumah keluarga terdekat mereka.

Keadaan kediaman mangsa yang musnah dalam kebakaran di Kampung Malawa, KKIP Sepanggar.

“Kebakaran ini sudah tentu menjejaskan kehidupan seharian mereka dalam menghadapi suasana sambutan tahun baharu dan menjelang musim persekolahan awal tahun depan,” katanya.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pihaknya akan mengarahkan Pejabat Pemimpin Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai untuk mengenal pasti keperluan bagi membantu mangsa kebakaran.

“Pada peringkat awal kita akan usahakan menyalurkan keperluan harian kepada mangsa kebakaran kemudian akan membantu mereka untuk mendirikan semula rumah mereka dalam tempoh terdekat,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|