Dua selamat, lori muatan ikan terbalik

Dua selamat, lori muatan ikan terbalik

Kota Kinabalu: Pemandu dan kelindan lori yang membawa bekalan ikan terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Tuaran Bypass, berhampiran Taman Canggih, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, kedua-dua mangsa berusia 30-an itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Lori yang membawa muatan ikan terbalik selepas dipercayai terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Tuaran Bypass. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 malam.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan pasukan bomba terus membantu memberikan rawatan awal.

“Kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak ,” memerlukan rawatan lanjut di hospital,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya bertindak membersihkan tumpahan minyak hitam di jalan raya berkenaan.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.54 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|