Lima pelajar terima tablet

Lima pelajar terima tablet

Penampang: Lima pelajar sekolah menengah, di sini menerima bantuan persekolahan berbentuk tablet, flash drive dan bantuan bakul makanan.

Serahan bantuan berkenaan disampaikan Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Kepayan, Jafrey Jomion dalam satu majlis ringkas yang diadakan di rumah pelajar masing-masing di daerah ini, hari ini.

Jafrey berkata, bantuan berkenaan adalah hasil inisiatif bersama Majlis Amanah Rakyat Negeri Sabah dan Yayasan Pelajaran MARA yang menyampaikan Bantuan Persekolahan berbentuk Tablet Samsung Galaxy Tab A dan Flash Drive.

Katanya, pemberian itu sesuai dengan keperluan anak-anak masakini yang mana sistem pembelajaran secara dalam talian memerlukan peranti agar mereka dapat mengikuti PdPr dari masa ke semasa.

“Oleh itu, bantuan dari YPM dengan kerjasama MARA negeri Sabah ini merupakan salah satu inisiatif yang terbaik.

“Ia sekaligus membantu menaikkan semangat pelajar dalam mendepani era yang penuh dengan cabaran terutama sekali dalam konteks pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|