Lelaki meninggal dunia dalam restoran di Donggongon

Lelaki meninggal dunia dalam restoran di Donggongon

Penampang: Suasana sebuah restoran makanan di pekan Donggongon, di sini, tengah hari tadi, bertukar cemas selepas seorang lelaki warga emas rebah dan tidak sedarkan diri.

Kejadian jam 1.30 tengah hari yang disedari pekerja restoran segera menghubungi talian kecemasan sebelum pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa berusia 61 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.

“Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang gelandangan dan alamat yang tertera di MyKad miliknya iaitu Kampung Lubang Batu Mandahan, Papar.

“Punca kematian mangsa masih belum diketahui,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa boleh berhubung dengan pengawai penyiasat IPD Penampang, Sarjan Mejar (SM) Patrick Duffy Francis Dicka di talian 0138385335,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|