Lelaki melecur ketika menyelamatkan diri

Lelaki melecur ketika menyelamatkan diri

Kota Belud: Seorang lelaki melecur ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dan kilang memproses lekor di Kampung Kuala Abai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, mangsa Saidin Martin, 53, melecur di pergelangan kaki.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.59 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud dengan dua jentera digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah dan kilang memproses keropok lekor yang terbakar 80 peratus.

“Api dapat dikawal jam 10.29 pagi dan seorang lelaki melecur di bahagian pergelanggan kaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut, mangsa yang melecur menerima rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan unit forensik kebakaran bomba,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|