Tuaran: Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak 11 September lalu selepas masuk ke hutan berseorangan dalam kejadian di Kampung Giling, di sini.
Laporan kehilangan mangsa Tuin Lohohan, 32, hanya dibuat hari ini oleh keluarganya di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, jam 12.22 tengah hari, tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, sepasukan anggota dari BBP Tuaran bergegas ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat serta menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Katanya, saksi iaitu ahli keluarga mangsa memberitahu kali terakhir mangsa dilihat masuk ke hutan pada jam 10 pagi, 11 September lalu.
Lokasi mangsa dilaporkan hilang. – Gambar ihsan JBPM Sabah
“Tujuan mangsa masuk ke hutan tidak diketahui dan sehingga hari ini mangsa belum pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Setakat ini, katanya operasi SAR yang dijalankan di sekitar kawasan mangsa dilaporkan hilang belum menemui mangsa terbabit.
“Usaha mencari dan menyelamat masih digerakan dan maklumat terkini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa,” katanya.
-Deasoka