Lelaki ditahan bersama 528 telur penyu

Lelaki ditahan bersama 528 telur penyu

Sandakan: Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan aktiviti penjualan telur penyu ditahan dalam operasi dijalankan di pusat bandar Sandakan, semalam.

Operasi jam 7.30 pagi itu dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar (JHL), Taman Taman Sabah (TTS) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, hasil pemantauan awal, suspek berusia 36 tahun dikesan menjalankan aktiviti penjualan telur penyu.

Katanya, salah seorang pasukan operasi kemudiannya menyamar sebagai pembeli menyebabkan suspek terus mengeluarkan empat bungkusan berii telur penyu.

“Suspek terus ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebanyak 528 telur penyu yang dianggarkan bernilai RM1,320 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Suspek adalah lelaki warga asing tampa dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Abduh berkata, suspek dan telur penyu yang dirampas kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk siasatan.

Katanya, telur penyu berkenaan akan diserahkan kepasa Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Enakmen Pemeloharaan Hidupan Liar 1997 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963(PIN 2000),” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|