Kelonggaran SOP PKP Sabah, langkah baik untuk ekonomi : PRESBAH

Kelonggaran SOP PKP Sabah, langkah baik untuk ekonomi : PRESBAH

Kota Kinabalu: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menyambut baik langkah keputusan kerajaan negeri melonggarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi di negeri ini.

Presidennya, Yahya Ahmad (gambar) berkata, kelonggaran berkenaan dilihat memberi nafas baharu kepada pemain industri selain perihatin terhadap cabaran dihadapi oleh rakyat berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Selaku Presiden PRESBAH, langkah kerajaan ini wajar dan membawa gambaran prihatin bijak berdasarkan dari semua penilaian teliti akan maklumat senario semasa serta pencerapan dari semua data kes termasuk kesusahan rakyat kita sendiri berhadapan PKP.

” Meskipun perincian terbaharu SOP ini belum dikeluarkan, pada saya dalam kerisauan kes positif Covid-19 harian kita sentiasa aktif namun gambaran umum langkah kerajaan ini sudah tentu boleh dikatakan melegakan ramai hati rakyat s
Sabah.

“Bagaimanapun sebagai rakyat tugas utama kita jangan diabaikan satu perkara, dalam berkelonggaran memastikan semua SOP sentiasa terjaga dikawal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, di Kota Kinabalu, hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan rasmi pagi tadi mengumumkan kelonggaran SOP di beberapa sektor ekonomi dan aktiviti sosial.

Antara yang dibenarkan beroperasi adalah operasi dine-in di premis makanan, kedai gunting rambut selain aktiviti berbasikal, memancing dan sukan golf.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|