JPS tingkatkan penguatkuasaan di kawasan lombong emas haram

JPS tingkatkan penguatkuasaan di kawasan lombong emas haram

Sandakan: Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) akan meningkatkan penguatkuasaan dan pemantuan di lokasi penemuan lombong emas haram di hutan simpan Kelas Satu Ulu Segama Malua, di Lembah Danum, Lahad Datu, 9 Oktober lalu.

Ketua Konservator Hutan JPS, Datuk Frederick Kugan berkata, ini termasuk memusnahkan bekas jalan atau laluan lama di dalam hutan berkenaan supaya tidak boleh digunakan kelak.

“Tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil sebagai contoh jalan masuk dari barat di mana tidak mendapat tumpuan dari penguatkuasaan, jadi kita akan tumpukan.

“Tetapi seperti mana yang saya katakan banyak jalan yang perlu kita kena kenalpasti dan kita akan rosakan ataupun memusnahkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalm sidang media Sempena Majlis Penutupan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di sini, hari ini.

Menurut Frederick, sebelum ini pihaknya pernah menerima makluman berhubung perkara berkenaan namun tidak memiliki maklumat yang terperinci sehingga penguatkuasaan sukar dilakukan.

Dalam masa sama, beliau berkata, pihaknya berdepan kekangan kakitangan kerana keluasan hutan simpan di Sabah sememangnya luas iaitu lebih 38 juta hektar.

Sedangkan katanya, kakitangan JPS hanya kira-kira 2,000 orang sahaja.

“Dengan penemuan lombong emas itu (9 Oktober lalu) kita mendapat tahu lokasi sebenar dan maklumat ini kita gunakan untuk mempertingkatkan lagi dari segi penguatkuasaan dan memantau pengurusan lokasi itu.

“Memandangkan hutan simpan ini adalah hutan simpan kelas satu iaitu dilindungi sepenuhnya,” jelasnya.

Sementara itu, beliau bersyukur dengan pelaksanaan Operasi Bersepadu Khazanah yanh berjaya membongkar kegiatan lombong emas haram di kawasan hutan simpan itu.

Pada 9 Oktober lalu, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah bersama JPS yang melakukan Op Bersepadu Khazanah menemui peralatan dan kelengkapan dipercayai milik pelombong emas haram di Sungai Bole Ulu Segama-Malua.

Dalam OBK yang dijalankan jam 8 pagi itu, pelbagai barangan termasuk makanan dan pakaian turut ditemui.

Susulan itu, semua peralatan dan kelengkapan berkenaan dimushankan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|