Isu SOP, SAPP kecewa sikap pembangkang kelirukan rakyat

Isu SOP, SAPP kecewa sikap pembangkang kelirukan rakyat

Kota Kinabalu: Pergerakan Pemuda Parti Progresif Sabah (SAPP) menempelak sikap pembangkang yang gian berusaha mengelirukan rakyat berikutan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikeluarkan semalam.

Menurut Ketua Pemuda SAPP, Jamain Sarudin, sikap seperti itu menggambarkan kecetekan pemikiran wakil rakyat pembangkang.

“Sebelum SOP MKN ini dikeluarkan, Sabah berpegang pada kenyataan Ketua Menteri, dan membuka peluang peniaga khususnya restoran dan kedai makan membuka balik perniagaan secara dine-in.

” Bagaimanapun, SOP MKN tidak menyebutkan dine-in dibenarkan, menyebabkan orang awam terkeliru,” katanya.

Beliau berkata, begitupun kenyataan ringkas daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun telah menjernihkan keadaan dengan mengatakan aktiviti dine-in tidak dilarang.

” Sementara itu, SOP MKN di Semenanjung mencatatkan tidak membenarkan dine-in secara jelas.

“Mengambil kira kenyataan Ketua Menteri pada 28 Jun lalu sudah memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri membenarkan dine-in.

” Ianya terpakai selagi belum ada kenyataan Ketua Menteri Sabah berkaitan hal yang sama, “katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu pengumumannya pada 28 Jun lalu telah membenarkan kelonggaran beberapa aktiviti sosial dan ekonomi, termasuklah aktiviti dine ini.

MKN dalam satu kenyataan semalam telah mengeluarkan garis panduan terbaru melibatkan Sabah yang kini tersenarai di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua, namun keperincian SOP berkenaan aktiviti-aktiviti dimaksudkan belum didedahkan setakat ini.

Sementara itu, Jamain berkata, isu ini adalah bukti Kerajaan Negeri Sabah mempunyai kuasa autonomi, serta menifestasi dari kenyataan Perdana Menteri di Sarawak awal tahun ini bahawa Sabah adalah sebuah wilayah.

Beliau turut kesal apabila pembangkang di Sabah mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat.

“Adalah sepatutnya Wakil Pembangkang menyanjungi ketegasan Sabah dalam mempertahankan kenyataan Ketua Menteri pada 28 Jun yang lepas dan tidak menarik balik kenyataan tersebut,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|