Boleh ‘dine in’, inilah pendirian kita: Hajiji

Boleh ‘dine in’, inilah pendirian kita: Hajiji

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah tetap kekal dengan keputusan membenarkan aktiviti dine in di restoran dan premis makanan di negeri ini.

Keputusan itu ditetapkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) dalam satu kenyataan medianya, sebentar tadi.

Jelasnya, arahan tersebut yang telah dikuatkuasakan bermula 29 Jun lalu berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 masih berkuatkuasa.

“Inilah pendirian kita,” ujar Hajiji.

Terdahulu, semalam, negeri Sabah telah tersenarai dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun aktiviti yang sebelumnya dilonggarkan oleh Kerajaan Negeri seperti aktiviti dine in tidak mempunyai keperincian setakat ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|