Hajiji umum peruntukkan RM7.3 juta kepada 73 kawasan DUN di Sabah

Hajiji umum peruntukkan RM7.3 juta kepada 73 kawasan DUN di Sabah

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukkan sebanyak RM7.3 juta yang merupakan bantuan one-off Sentuhan Kasih kepada semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya berharap dengan peruntukkan tersebut dapat membantu semua wakil rakyat dan pemimpin setempat membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Ini merupakan tambahan kepada pelbagai jenis bantuan sedia ada yang telah dan sedang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Kita berdoa semoga situasi getir yang kita hadapi ini akan cepat berakhir agar dapat mempermudahkan kita semua untuk memulihkan kehidupan yang terjejas dan kembali kepada persekitaran kehidupan yang normal seperti sebelum ini.

“Saya penuh yakin, kita mampu mengetepikan apa juga perbezaan atas matlamat yang sama untuk terus membangunkan dan memakmurkan negeri yang tercinta ini,” katanya.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di sidang DUN Sabah ke-16, hari ini.

Terdahulu, beliau dalam ucapan yang sama berharap semua pihak mengembeleng tenaga untuk memajukan negeri Sabah dan mengetepikan fahaman politik.

Jelasnya lagi, pihak kerajaan ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat menghargai pelbagai cadangan membina yang dilontarkan pada sidang DUN kali ini termasuklah menangani pandemik Covid-19 di Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|