Hajiji, Madzhir Khalid bincang pembangunan luar bandar Sabah

Hajiji, Madzhir Khalid bincang pembangunan luar bandar Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di kediaman rasminya di Sri Gaya, semalam.

Pada perjumpaan itu, Hajiji dan Mahdzir bertukar pandangan dan berbincang dengan lebih dekat mengenai soal pembangunan luar bandar di Sabah.

Mahdzir turut memberi taklimat mengenai tindakan dan langkah yang sedang dan akan diambil bagi meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar di Sabah dalam usaha membasmi kemiskinan seperti memberi latihan kemahiran kepada kumpulan sasar menerusi agensi yang berkaitan.

Hajiji berkata, kedua-dua mereka juga berkongsi pendapat, cadangan dan meneliti beberapa langkah serta usaha bagi menambah baik dan mewujudkan lebih banyak pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar di Sabah.

“Usaha ini seriring dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan kesejahteraan mereka,” katanya.

Yang turut hadir pada perjumpaan itu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|