Curi kayu belian, tiga ditahan

Curi kayu belian, tiga ditahan

Tawau: Tiga lelaki termasuk seorang warga asing yang dipercayai terbabit dalam kes curi kayu belian ditahan di tiga lokasi berasingan di Merotai, di sini, semalam.

Operasi dijalankan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan dibantu pasukan Balai Polis Bombalai.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan jenis Datsun.

Katanya, kenderaan berkenaan disita untuk membantu siasatan selepas dipercayai digunakan semasa mencuri 11 batang kayu belian.

“Tindakan pantas dan kecekapan pihak polis menjalankan siasatan berjaya membawa kepada penahanan tia suspek dalam tempoh kurang dari 24 jam.

“Kejayaan ini menunjukkan polis Tawau sentiasa agresif dalam menjalankan tugas bagi memastikan kesejahteraan masyarakat daerah ini terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Peter berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh disabitkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|