Gagal hadir perbicaraan mahkamah, lelaki diburu

Gagal hadir perbicaraan mahkamah, lelaki diburu

Penampang: Seorang lelaki yang gagal hadir pada perbicaraan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini, diletakkan dalam senarai dikehendaki polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, individu yang dikehendaki dikenali sebagai Verus Jinikol berusia 57 tahun.

Katanya, individu terbabit dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk perbicaraan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Penama ini dikehendaki atas perintah mahkamah bersabit waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kerana gagal hadir pada perbicaraan ditetapkan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lokasi suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mejar Sarah Juvita Abdul Rahman ditalian 088-723961,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|