Kota Kinabalu: Latihan Perang Borneo atau lebih dikenali sebagai ‘BorneoWar’ membabitkan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diadakan bagi mengukuhkan kemahiran dan kesiagaan.
Latihan siri ke-10 yang berlangsung selama empat hari bermula 20 Disember lalu itu disertai sebanyak sembilan kapal laut.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial Markas Pemerintahan Armada Timur hari ini menegaskan, sembilan kapal yang terbabit dalam latihan berkenaan adalah KD Selangor, KD Kedah, KD Keris, KD Sundang dan KD Badik.
Selain itu katanya, latihan turut disertai KD Todak, KD Paus dan KD Sri Perlis serta KD Jerong.
“Pelbagai siri latihan merangkumi aspek navigasi, peperangan maritim dan komunikasi berjaya dilaksanakan sepanjang fasa laut berlangsung.
“Manakala warga the NavyPeople membuktikan kesiapsiagaan dan kecekapan dalam setiap evolusi yang dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan berkenaan.
Menurutnya, pelaksanaan latihan ini juga turut dapat mempamerkan kehadiran aset TLDM di Perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
-Deasoka