Dr Yusof tinggalkan Warisan

Dr Yusof tinggalkan Warisan

Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Dr Yusof Yacob dilaporkan membuat keputusan keluar parti dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas menyokong kerajaan.

Beliau yang juga ADUN Sindumin bagaimanapun difahamkan hanya akan membuat pengumuman berkenaan secara rasmi minggu depan.

Memetik laporan yang dikeluarkan Sinar Harian sebentar tadi, perkara itu disahkan Mazlan Sanoh, pegawai media kepada Dr Yusof yang pernah memegang potfolio Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah.

“Ya, tadi (keluar parti). Minggu hadapan beliau akan umum. Beliau mengambil keputusan itu demi rakyat dan mahu membantu rakyat di kawasannya.

“Datuk mahu bantu orang di kawasannya saja. Jadi, baik beliau jadi bebas dan sokong kerajaan yang ada. Sekurang-kurangnya beliau boleh bersuara, katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September tahun lalu, Dr Yusof, 66, memenangi kerusi DUN Sindumin dalam pertandingan enam penjuru dengan jumlah undian sebanyak 5,415.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|