Covid-19 Sabah: Kluster baharu jangkiti pelajar Politeknik Sandakan

Covid-19 Sabah: Kluster baharu jangkiti pelajar Politeknik Sandakan

Kota Kinabalu: Sabah merekodkan satu kluster baharu Covid-19 membabitkan institusi pendidikan hari ini yang setakat ini menjangkiti seramai 24 pelajar di Politeknik Sandakan.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kluster Sungai Batang, Sandakan itu dikesan selepas seorang pelajar di Politeknik Sandakan dikesan positif Covid-19 baru-baru ini.

“Satu kluster baharu yang melibatkan institusi pendidikan diisytiharkan hari ini. Kluster Sungai Batang, Sandakan itu melibatkan seorang pelajar Politeknik Sandakan yang didapati positif Covid-19.

“Saringan kontak rapat mendapati 23 orang lagi pelajar dijangkiti menjadikan jumlah kumulatif kes positif setakat ini seramai 24 orang, termasuk 11 kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Sementara itu, kes harian Covid-19 di Sabah terus menunjukkan peningkatan dengan 467 kes baharu dilaporkan hari ini, meningkat sebanyak 66 kes berbanding 401 kes semalam.

Masidi berkata, jangkitan baharu di Kota Kinabalu meningkat 30 kes kepada 83 kes hari ini, manakala bertambah lima kes kepada 54 kes di Tuaran, diikuti Penampang yang turut bertambah lima kes kepada 36 kes hari ini.

Katanya, daerah Beaufort pula mencatat peningkatan 15 kes kepada 34 kes hari ini, diikuti daerah Papar yang meningkat 11 kes kepada 34 kes.

“Daerah ini adalah antara yang mencatat peningkatan kes agak banyak dalam kalangan 14 daerah yang dilihat menunjukkan pertambahan kes Covid-19 hari ini,” katanya.

Katanya 97.4 peratus daripada 467 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategiri 2, manakala empat kes dalam Kategori 3, satu kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5.

Dalam pada itu, sehingga semalam, tahap kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) di Sabah dilaporkan pada kadar 0.96, berbanding 0.95 bagi seluruh negara.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 1 Disember 2021
Sabah 467 (401)

Kota Kinabalu 83 (53)
Tuaran 54 (49)
Penampang 36 (31)
Papar 34 (23)
Beaufort 34 (19)
Kota Belud 29 (31)
Kota Marudu 28 (26)
Ranau 20 (20)
Sandakan 20 (20)
Putatan 19 (19)
Sipitang 18 (18)
Keningau 15 (16)
Tenom 12 (21)
Lahad Datu 11 (5)
Tawau 10 (2)
Kudat 10 (19)
Kuala Penyu 9 (23)
Tambunan 6 (5)
Beluran 6 (11)
Pitas 6 (7)
Telupid 3 (1)
Kinabatangan 3 (15)
Tongod 1 (8)
Semporna 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 30 November 2021

Kluster Baharu
Kluster Sungai Batang,
Sandakan 24(+11)
(Institusi Pendidikan)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|