Covid-19 Sabah: Kluster baharu babitkan staf LHDN di Sandakan

Covid-19 Sabah: Kluster baharu babitkan staf LHDN di Sandakan

Kota Kinabalu: Satu lagi kluster baharu Covid-19 direkodkan di Sabah hari ini membabitkan jangkitan di tempat kerja dengan sebanyak 20 kes dilaporkan setakat ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kluster Jalan Labuk di Sandakan itu berlaku dalam kalangan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan keluarga mereka.

“Satu kluster baharu direkodkan di Sandakan berkaitan tempat kerja di Batu 7, Jalan Labuk.

“Kes indeks adalah staf LHDN yang didapati positif dan saringan kontak rapat telah dijalankan terhadap ahli keluarga serta rakan sekerja.

“Setakat ini, 19 lagi telah didapati positif termasuk tiga kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan media, petang ini.

Sementara itu, Masidi berkata kedudukan jangkitan Covid-19 di Sabah menunjukkan tanda-tanda penstabilan apabila jumlah kes baharu tidak banyak berubah berbanding semalam.

Jangkitan baharu hari ini, katanya berjumlah 224 kes, turun lapan kes berbanding 232 kes semalam.

“Hampir 97 peratus daripada jumlah kes yang didaftarkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 yang hanya memerlukan pemantauan atau rawatan sama ada di rumah atau PKRC.

“Bagi kategori yang memerlukan rawatan di hospital pula, terdapat empat pesakit dalam Kategori 3, tiada pesakit dalam Kategori 4 dan dua pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 15 Disember 2021
Sabah 224 (232)

Kota Kinabalu 36 (47)
Tuaran 31 (25)
Kota Belud 19 (18)
Penampang 18 (19)
Tenom 17 (6)
Papar 16 (9)
Sandakan 16 (13)
Ranau 11 (5)
Beaufort 11 (7)
Kuala Penyu 7 (13)
Kota Marudu 6 (9)
Putatan 6 (13)
Kudat 5 (2)
Lahad Datu 4 (0)
Sipitang 4 (6)
Tawau 4 (11)
Keningau 3 (4)
Kinabatangan 2 (6)
Nabawan 2 (6)
Pitas 2 (3)
Semporna 1 (2)
Tambunan 1 (5)
Beluran 1 (1)
Telupid 1 (1)
Kunak 0 (0)
Tongod 0 (1)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 14 Disember 2021

Kluster Baharu
Kluster Jalan Labuk
Batu 7, Sandakan 20 (+3)
(Tempat Kerja)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|