Covid-19 Sabah: Kes naik disebabkan kluster baharu babitkan pelajar UMS

Covid-19 Sabah: Kes naik disebabkan kluster baharu babitkan pelajar UMS

Kota Kinabalu: Jumlah kes di Sabah naik mendadak hari ini berpunca daripada satu kluster baharu berkaitan institusi pendidikan yang dikesan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kluster Puncak Ilmu itu menyebabkan kes baharu Covid-19 meningkat kepada 232 hari ini, berbanding 181 kes semalam.

“Kes indeks bagi Kluster Puncak Ilmu ini ialah seorang pelajar lelaki UMS yang tinggal di asrama.

“Saringan terhadap kontak rapat mendapati 40 orang pelajar dan kakitangan UMS juga dijangkiti menjadikan jumlah keseluruhan 41 kes setakat ini,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Sementara itu, Masidi berkata, seramai 215 orang daripada 232 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala empat pesakit dalam Kategori 3, tiga pesakit dalam Kategori 4 dan tiada kes dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 14 Disember 2021
Sabah 232 ( 181 )

Kota Kinabalu 47 (31)
Tuaran 25 (35)
Penampang 19 (19)
Kota Belud 18 (15)
Kuala Penyu 13 (6)
Sandakan 13 (3)
Putatan 13 (9)
Tawau 11 (1)
Papar 9 (14)
Kota Marudu 9 (8)
Beaufort 7 (1)
Kinabatangan 6 (0)
Nabawan 6 (0)
Sipitang 6 (1)
Tenom 6 (7)
Tambunan 5 (5)
Ranau 5 (13)
Keningau 4 (6)
Pitas 3 (0)
Semporna 2 (1)
Kudat 2 (4)
Beluran 1 (0)
Telupid 1 (1)
Tongod 1 (0)
Lahad Datu 0 (1)
Kunak 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 13 Disember 201

Kluster Baharu
Kluster Puncak ILmu,
Kota Kinabalu 41(+5)
(Institusi Pendidikan)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|