Covid-19 Sabah: Kes harian naik 15 berbanding semalam

Covid-19 Sabah: Kes harian naik 15 berbanding semalam

Kota Kinabalu: Kes harian Covid-19 di Sabah bertambah 15 kes kepada 569 kes berbanding 554 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kenaikan itu berpunca daripada kes baharu yang agak tinggi di Kota Marudu, Beaufort dan Kudat yang masing-masing mencatat peningkatan 28 kes, 30 kes dan 15 kes.

“Kes yang diperolehi melalui saringan bergejala kekal tinggi dengan 36.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Kes sporadik ini yang sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berlaku dalam peratusan yang tinggi di daerah Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Sandakan dan Beaufort,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Beliau berkata jumlah pesakit dalam kategori serius yang memerlukan rawatan di hospital juga kekal rendah.

Katanya, hari ini hanya ada dua orang pesakit dalam Kategori 3, manakala empat pesakit dalam Kategori 4 dan dua orang pesakit dalam Kategori 5.

“Sejumlah 580 orang atau 97 peratus pesakit daripada 569 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 (70 kes) dan Kategori 2 (480 kes),” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|