Kota Kinabalu: Seramai 19,104 penjawat awam negeri Sabah sudah menerima vaksin Covid-19.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah itu mewakili 95 peratus daripada 20,109 kakitangan awam negeri.
“Baki lima peratus lagi adalah golongan yang menunggu giliran dan tidak boleh divaksin atas masalah kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Sementara itu, Masidi berkata hari ini sebanyak 16,035 suntikan dos pertama vaksin Covid-19 berjaya dilaksanakan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Dua di seluruh negeri.
Ia menjadikan seramai 1,526,183 orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di melalui Fasa Dua PICK di Sabah, setakat ini.
Bagi suntikan kedua, katanya seramai 23,152 penerima vaksin menerima dos masing-masing hari ini menjadikan seramai 993,163 orang sudah melengkapkan dua dos vaksin menerusi Fasa Dua PICK.
-Deasoka