Kota Kinabalu: Seramai 91 mangsa banjir masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 5 petang, hari ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri berkata semua mangsa terbabit membabitkan sebanyak 28 keluarga.
Katanya, Kota Belud mencatatkan bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 58 mangsa dari 18 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.
“Manakala seramai 22 mangsa daripada sembilan keluarga pula kini berada di PPS Dewan Muhibah Kampung Tombol.
“Selain itu, seramai 36 mangsa banjir melibatkan sembilan keluarga pula masih berada di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tamau manakala PPS Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Chung Hwa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri meminta orang awam khususnya penduduk tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai.
“Kita sukar menjangkakan situasi semasa ketika ini disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya.
-Deasoka