78 pain darah dikumpulkan oleh warga UMS

78 pain darah dikumpulkan oleh warga UMS

Kota Kinabalu: Sebanyak 78 pain darah berjaya dikumpulkan dalam tempoh dua hari Kempen Derma Darah diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Kempen yang dianjurkan oleh Sekretariat Kebajikan, Keselamatan dan Kesihatan (3K) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Rafae UMS itu berlangsung dengan jayanya apabila lebih 150 penderma hadir untuk menyertai program berkenaan.

Penderma darah membuat saringan kesihatan sebelum menderma darah.

Setiausahanya, Nur Daniyah Ab Kal berkata, kempen itu diadakan dengan kerjasama daripada pihak Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk membantu mengisi tabung darah hospital berkenaan.

“Kempen ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan seluruh penderma tentang bagaimana tindakan menderma darah boleh menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

“Selain itu juga bagi mendidik sifat prihatin dalam kalangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Daniyah lagi, kempen derma darah itu mendapat sambutan yang mengalakkkan daripada warga UMS sendiri.

“Pada hari pertama, kita menyasarkan seramai 20 penderma. Namun yang hadir adalah seramai 65 penderma tetapi hanya 32 yang berjaya melalui saringan kesihatan.

“Pada hari kedua, kita menerima 93 orang penderma daripada sasaran awal seramai 30 orang. Daripada jumlah tersebut hanya 46 orang yang diterima selepas melalui saringan kesihatan.

“Ini menjadikan seramai 78 penderma keseluruhan iaitu melebihi sasaran sebanyak 50 penderma bagi sepanjang dua hari kempen ini berlangsung,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|