1,124 murid dan pelajar di Kota Marudu terima sumbangan komputer tablet

1,124 murid dan pelajar di Kota Marudu terima sumbangan komputer tablet

Kota Marudu: Seramai 1,124 murid dan pelajar dari sembilan sekolah di daerah ini Kota menerima bantuan peranti komputer tablet bagi memudahkan mereka menjalani aktiviti pembelajaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata sumbangan direalisasikan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Hasanah dan Yayasan PETRONAS.

“Program perintis ini menyasarkan pelajar yang tergolong dalam keluarga B40 untuk memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu menyerahkan peranti terbabit kepada pengetua dan guru besar di sembilan sekolah berkenaan pada majlis penyerahan di Pejabat Pendidikan Kota Marudu, semalam.

Sekolah yang terpilih dalam program perintis itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu, SMK Bandau, SMK Langkon, SMK Tandek, SJKC Khoi Ming, Sekokah Kebangsaan (SK) Langkon, SK Tagaroh, SK Tandek dan SK Talatang.

Hadir sama, ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Tandek yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Hendrus Anding; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan), Khairuddin Jamal dan Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Jonnybone Kurum.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|