Kudat: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 2,400 liter minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar dalam operasi Op Landai, di kawasan Laut Mapan-Mapan, Pitas, di sini, Selasa lalu. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, semua minyak petrol yang disimpan di dalam 12 tong biru berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar.