Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Berdasarkan laporan beberapa media nasional, Zuraida dalam kenyataannya turut mengumumkan penyertaan dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM), sekali gus keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Menerusi kenyataan itu, beliau menyatakan akan