TYT, KM hadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sabah

TYT, KM hadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Sambutan Nuzul AlQuran Peringkat Negeri Sabah 1446H/2025M di Masjid Negeri Sabah pada Isnin.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan Toh Puan Faridah Haji Tussin.

Musa turut menyampaikan sumbangan tunai kepada seramai 30 orang asnaf sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Pengisian sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran ialah majlis khatam dan doa khatam Al-Quran Perdana, Gema Wahyu Illahi oleh Ustaz Wahyu Andi Saputra dan Tazkirah Khas oleh Ustaz Zul Ramli.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri/ Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Arifin Datuk Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri ( Hal Ehwal Agama ), Datuk Ruslan Muharam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan isteri masing-masing.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|