PERSANTUN: Kenapa mereka beria-ia masuk campur?

PERSANTUN: Kenapa mereka beria-ia masuk campur?

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN) mengecam dan mempersoal motif bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Lahtefaa Koya kerana dilihat sungguh ‘beria-ia’ mempertahankan seorang ahli perniagaan yang didakwa mempunyai skandal eksplotasi pekerja asing dalam kes rasuah melibatkan wakil rakyat GRS.


Presidennya, Datuk Najib Tay Abdullah berkata, kesungguhan itu turut menimbulkan tanda tanya sama ada ia bermotifkan politik atau pun sebaliknya memandangkan SPRM sebelum ini telah mendedahkan kandungan-kandungan video tersebut diragui kredibilitinya.


Beliau berkata, ia ditambah lagi dengan kehangatan di media sosial yang mendakwa ahli perniagaan bernama Albert itu sebelum ini mempunyai kaitan dengan kartel dagangan mineral asli serta mempunyai kes mahkamah seperti mana yang pernah disiarkan di media tempatan, termasuklah Malaysia Kini yang menjadi platform pelaku mengeluarkan video-video tular sebelum ini.


“Mereka ini seolah-olah mempunyai daulah terpendam kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana saban hari, ada sahaja pendedahan yang saya sifatkan berat sebelah mengenai isu tular ini.


“Sepatutnya biarlah SPRM buat kerja, pendedahan-pendedahan seperti ini bukan sahaja menabur persepsi bahkan telah menghakimi mereka yang belum terbukti bersalah memandangkan kebanyakkan video dikeluarkan dilihat hanya menyebelahi sebelah pihak sahaja.


“Mengenai tindakan Lahtefaa, bagi PERSANTUN apakah niat sebenar anda mencabar serta terlibat sama dengan isu ini sehingga sanggup bersekongkol dengan seorang yang dilihat terbukti mempunyai rekod tidak bagus dalam alam perniagaan seperti mana didakwa di mahkamah dahulu, ” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.


Najib Tay pada masa sama senada dengan Ketua Pemuda PGRS, Datuk Fairuz Rendaan untuk mempertahankan tindakan Ketua Menteri yang tidak mahu berkomplot dengan mana-mana pihak pelabur yang mahu mendominasi industri bahan galian dan mineral sehingga mampu menjejaskan ekosistem di negeri ini.


“Memanglah urusan urus niaga mempunyai pasang dan surut akan tetapi, janganlah sampai mahu membolot kesemua khazanah negeri.


“Kami berada di belakang Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan saya berharap isu ini akan diselesaikan segera agar mereka yang berniat jahat dapat dihadap ke muka pengadilan tidak lama lagi, ” katanya.


Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|