Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah hari ini meluluskan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 bersempena perayaan Aidilfitri dan Kaamatan.
Khabar gembira itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun yang mendedahkan keputusan berkenaan telah dibuat pada Mesyuarat Jemaah Menteri negeri Sabah hari ini.
Jelasnya, bantuan kewangan tersebut adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan penjawat awam selain meringankan beban perbelanjaan pada musim perayaan akan datang.
“Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah hari ini sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap sumbangan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Pembayaran akan dibuat sebelum perayaan masing-masing bagi memastikan penerima dapat memanfaatkan bantuan itu dengan sebaiknya,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Deasoka