Kestabilan politik, bersatu hati kunci pembangunan negeri: Hajiji

Kestabilan politik, bersatu hati kunci pembangunan negeri: Hajiji

SANDAKAN: Hanya kestabilan politik, bersatu hati dan perpaduan yang utuh mampu membawa kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.


Beliau berkata lebih banyak pembangunan termasuk meningkatkan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan sekiranya rakyat bersatu hati.


“Kerajaan negeri hari ini mempunyai banyak perancangan untuk meningkatkan ekonomi khususnya menerusi tiga teras utama Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).


“Malah, lebih banyak inisiatif akan dilaksanakan kerajaan pada tahun ini demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ini kerana perjuangan membantu rakyat belum selesai.


“Saya mahu rakyat di negeri ini termasuk di Sandakan akan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan GRS-PH Plus dalam pilihan raya akan datang agar perjuangan kita membangunkan negeri ini akan dapat diteruskan,” katanya sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 peringkat daerah Sandakan di Dewan Yu Yuan, di sini pada Rabu.


Hajiji berkata, pencapaian dalam ekonomi khususnya kutipan hasil terus meningkat setiap tahun daripada RM4 bilion kepada hampir RM7 bilion pada tahun lalu.
“Saya percaya dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, jika GRS-PH Plus diberi mandat, kutipan hasil akan mencapai hingga lebih RM8 bilion.


“Oleh itu, saya berharap rakyat agar tidak mendengar atau mudah terpengaruh dengan cerita-cerita fitnah serta bohong pembangkang melalui media sosial kepada kerajaan.


“Kita akan teruskan pencapaian baik ini khususnya dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan Persekutuan untuk memastikan lebih banyak pembangunan dibawa ke negeri ini,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|