KOTA KINABALU: Kerjasama antara BN dan PH tidak bersifat eksklusif, kata Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Sebaliknya, katanya BN terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti tempatan yang mempunyai aspirasi yang sama.
“Apa yang paling penting ialah keikhlasan dan kesediaan untuk bekerjasama.
“BN dan PH mesti sepakat dalam memilih rakan gabungan terbaik untuk Sabah,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.
Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata BN dan PH perlu bersatu bagi menghadapi PRN yang akan datang.
Salleh berkata ini kerana BN dan PH merupakan tunjang utama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
“Maka, di Sabah juga, kita tidak seharusnya berpisah. Kita bersatu demi perpaduan, kestabilan dan pembangunan.
“Fokus kita ialah kepada negeri dan rakyat — bukan kepada politiking yang tiada kesudahan. Kita menolak politik ekstrem yang memecah-belahkan rakyat,” katanya.
Salleh yang juga Adun Usukan berkata sebarang pakatan perlu mengambil kira pelbagai faktor.
Katanya ini termasuk pengagihan kerusi yang adil dan saksama, dasar bersama.
Salleh berkatab pakatan juga perlu menghormati autonomi Sabah dan
akomodasi politik berasaskan saling menghormati — bukan dominasi atau sikap “abang besar.
“Setelah prinsip-prinsip ini dipersetujui, semua pihak mesti bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan.
“Ini bukan perjuangan peribadi — tetapi komitmen bersama demi masa depan Sabah,” katanya.
Deasoka