KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag dan rombongannya menyantuni pesakit kanak-kanak sempena Program Ziarah Amal MUTIARA GRS di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Kota Kinabalu, pada Rabu.
Sempena program itu, Juliah turut menyampaikan sumbangan antaranya Goodies Bag dan duit raya kepada wakil pesakit di wad kanak-kanak hospital berkenaan.
Pada majlis itu, penyerahan lampin pakai buang (kanak-kanak) dan Pek Penjagaan diri serta sebanyak 11 kerusi roda turut disampaikan kepada Pengarah HWKKS, Dr Yogendra A/L Panchalingam.
Deasoka